STR, MyKasih, Budi95 ungguli ‘top news’ carian Google Malaysia 2025

2 weeks ago 18
Gambar hiasan
  • Oleh KOSMO!
  • 1 Januari 2026, 2:40 pm

PETALING JAYA – Google Malaysia menerbitkan ‘Year In Search 2025’ yang memaparkan senarai berita paling banyak dicari rakyat negara ini sepanjang tahun 2025.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menduduki tempat tertinggi dalam carian berita Malaysia sekali gus mencerminkan minat dan keprihatinan tinggi rakyat berhubung inisiatif bantuan kerajaan dalam menangani kos sara hidup penduduk negara ini.

Carian kedua tertinggi dalam kalangan penduduk negara ini ialah MyKasih, manakala Budi Madani RON95 (Budi95) berada pada kedudukan ketiga dalam kategori berita tempatan sepanjang tahun lalu.

Google Malaysia menyenaraikan carian paling popular dalam pelbagai kategori termasuk Keseluruhan, Berita Malaysia, Individu, Filem, Drama dan Alat AI.

Bagi carta Individu pula, tiga carian paling hangat pada tahun 2025 ialah Amira Othman, Greta Thunberg dan Naim Daniel. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |