Simpan 50 gram emas boleh pandu EV

7 hours ago 4

KUALA LUMPUR – Simpan 50 gram (g) layak dapat model kenderaan elektrik (EV) kompak. Simpan 100 g pula dapat EV lebih besar dan selesa.

Program menarik itu ditawarkan DMS Gold kepada orang ramai melalui satu konsep memiliki EV tanpa sebarang bayaran ansuran bulanan atau hutang bank iaitu Simpan & Pandu.

Berkolaborasi dengan DMS Motors dan Koperasi Usaha Maju Berhad (Komaju), program itu memperkenalkan satu pendekatan baharu dalam mobiliti dan simpanan kekayaan yang unik di negara ini.

Pengarah DMS Motors, Datuk Mohd. Ali Majis berkata, program ini bukan sekadar memberi akses kepada EV, tetapi juga membina tabiat simpanan emas yang berdisiplin dalam kalangan peserta.

“Ini merupakan langkah pertama yang menggabungkan simpanan emas dengan peluang memandu EV tanpa kos bulanan. Kita mahu masyarakat bukan sahaja bergerak ke arah mobiliti hijau, tetapi juga membina aset bernilai masa depan,” katanya dalam satu majlis di sini baru-baru ini.

Turut diadakan ialah majlis penyerahan kunci kenderaan elektrik kepada beberapa peserta awal program.

Hadir sama, Penasihat Syariah Kumpulan DMS, Ustaz Dr. Asyraf Suarin, Ketua Pegawai Eksekutif DMS Motors, Datuk Salim Rahman, Pengerusi Komaju, M. Nasir Ramli dan Penasihat Korporat Kumpulan DMS, Datuk Dave.

Menurut Mohd. Ali, semakin tinggi simpanan emas peserta, peluang untuk menggunakan model EV lebih canggih  semakin tinggi.

“Peserta yang menyimpan 50 gram emas layak mendapatkan model EV kompak, manakala 100 gram simpanan memberi akses kepada model SUV elektrik yang lebih besar dan selesa,” ujarnya.  

Sementara itu, Asyraf menjelaskan program itu patuh syariah serta bebas riba. 

“Dari perspektif syariah, simpanan emas yang digunakan dalam program ini membebaskan peserta dari beban riba kerana simpanan adalah aset sebenar yang bernilai dan selari dengan prinsip kewangan Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Salim memberitahu program itu juga berpotensi untuk pertumbuhan nilai simpanan peserta. 

“Emas bukan sahaja aset yang kukuh, ia juga memberi peserta pilihan pada masa depan,” katanya.

Read Entire Article
Pertanian | | | |