SG TVET tampilkan karakter adiwira perkukuh imej, tangkis persepsi masyarakat

10 hours ago 4

PETALING JAYA – Bagi mengangkat martabat graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai ‘wira kemahiran’ negara serta menghapuskan stigma masyarakat terhadap bidang itu, SG TVET Group Berhad (SG TVET)  tampil dengan inisiatif baharu dengan melancarkan enam karakter adiwira dikenali sebagai Wira TVET.

Pelancaran karakter adiwira itu bertujuan untuk menyerlahkan graduan TVET sekali gus dapat menepis persepsi masyarakat yang beranggapan TVET sebagai pilihan pendidikan kelas kedua.

Ketua Pegawai Eksekutif SG Academy (M) Sdn Bhd, Datuk P. Sri Ganes berkata,  enam karakter utama yang diperkenalkan itu meliputi bidang dron (Aero Wira-Skybyte), mekatronik (Mecha Wira – Torque), kenderaan elektrik (EV) (Volt Wira – ChargeR), hospitaliti (Chef Wira – Flamebatik), teknologi maklumat (Tech dan media digital – Cipher) dan  Media Digital, Kreatif (Media Wira – PixelRaya)

“Setiap karakter direka sebagai simbol tenaga kerja masa depan yang cekap, berdisiplin dan relevan dengan keperluan industri semasa,” katanya selepas Majlis Konvokesyen ke-11 SG TVET Group – WIRA TVET di sini baru-baru ini.

Pelancaran Wira TVET itu disempurnakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Siemens Malaysia, Tindaro Danze, yang kemudian menyampaikan sijil Siemens kepada pelatih yang menamatkan program pensijilan Siemens di bawah kerjasama strategik SG TVET–Siemens Malaysia dalam bidang automasi industri dan mekatronik.

Selain itu,  Sri Ganes menerangkan, inisiatif Wira TVET melambangkan kepelbagaian kemahiran berimpak tinggi yang ditawarkan di institusi di bawah SG TVET Group.

“Kami mencipta karakter ini supaya anak muda melihat kemahiran sebagai satu kuasa, bukan kelemahan, dan ibu bapa yakin bahawa TVET mampu membawa masa depan yang bermaruah dan berpendapatan tinggi,” ujarnya.

Sebagai sebahagian daripada komitmen itu, SG TVET Group turut menganjurkan program Nexus Kerjaya TVET iaitu platform penempatan kerja dan pemadanan kerjaya khas untuk pelajar dan graduan TVET.

Lebih 13 rakan industri menyertai inisiatif itu, menawarkan laluan kerjaya bernilai tinggi dalam bidang dron, EV, hospitaliti, teknologi dan sektor berkaitan lain.

Melalui acara tersebut, lebih 100 peluang pekerjaan dan penempatan latihan industri berjaya diwujudkan untuk pelajar dan graduan yang hadir. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |