Serah kad ATM kepada ‘pegawai NSRC’, guru rugi RM144,452

8 hours ago 7
Gambar hiasan.
  • Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
  • 26 Disember 2025, 11:46 am

HULU TERENGGANU – Gara-gara terlalu takut dikenakan tindakan perundangan kerana dituduh terlibat dalam aktiviti keldai akaun dan pengubahan wang haram, seorang guru kerugian RM144,452 akibat diperdaya sindiket penipuan atau ‘scammer’.

Wanita berusia 56 tahun itu terperdaya sehingga menyerahkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) kepada suspek yang mengaku kononnya pegawai Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC).

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, pada mulanya, guru wanita tersebut telah dihubungi suspek pada awal bulan ini.

“Suspek kemudiannya mengarahkan dia agar menyerahkan kad ATM beserta nombor pin kononnya bagi tujuan penyiasatan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kad ATM itu kemudiannya dipercayai diambil individu tidak dikenali sebelum wang simpanan mangsa dikeluarkan tanpa pengetahuannya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |