
- Oleh KOSMO
- 30 Julai 2025, 7:30 pm
JAKARTA – Seorang kanak-kanak perempuan di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila dirakam mencuri gula-gula dan menyembunyikan manisan itu di dalam seluarnya, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di sebuah kedai serbaneka di wilayah Jawa Timur, Rabu lalu.
Rakaman video di platform TikTok oleh akaun @ekospeed04 menunjukkan gadis kecil itu berdiri di belakang ibunya yang sedang membuat pembayaran di kaunter.
Dia kemudian mengambil gula-gula yang berada di sebelah kaunter pembayaran lalu disembunyikan di dalam seluarnya.
Bahkan, kakak gadis itu hanya mendiamkan diri selepas melihat adiknya mencuri.
Rakaman itu mencatatkan lebih 50,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
“Sempat pura-pura garu kaki sebelum mencuri,” kata seorang netizen. – AGENSI