Seludup kereta, motosikal Jepun RM1. 1 juta

1 week ago 13
  • Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
  • 24 Januari 2025, 3:47 pm
Norlela menunjukkan antara motosikal dirampas pihaknya menerusi Ops Tengu tersebut. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KLANG – Kegiatan dua syarikat menjual alat ganti kenderaan yang disyaki menyeludup kereta dan motosikal terpakai dari Jepun tanpa permit berjaya dibongkar dalam serbuan di Batu Caves, Gombak dekat sini, baru-baru ini.

Serbuan menerusi Ops Tengu di tiga buah premis berasingan merampas puluhan kenderaan bernilai RM1.19 juta selain menahan tiga individu dipercayai pengarah syarikat.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, siasatan awal mendapati kesemua kereta dan motosikal itu dipercayai dibawa masuk dari negara matahari terbit (Jepun).

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu melindungi, menyimpan, menyembunyi atau mempunyai dalam miliknya barang-barang tidak berkastam. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |