- Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
- 20 April 2025, 8:18 am

SHAH ALAM – Sindiket pemalsuan butiran pengesahan kelahiran bayi di sekitar Selangor yang dibongkarkan pihak berkuasa baru-baru ini turut mendapat perhatian golongan bujang yang mahu mendapatkan ‘bayi segera’ untuk dipelihara. Siasatan yang dilakukan pihak berkuasa ke atas kumpulan suspek yang memalsukan butiran tersebut mendapati, pembelian dokumen turut dilakukan oleh mereka yang belum berkahwin. Menurut sumber, kumpulan bujang itu terdiri daripada mereka yang mempunyai pasangan, namun belum mendaftarkan perkahwinan masing-masing. Katanya, mereka mendapatkan bayi daripada ejen yang melakukan pemalsuan dokumen itu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

