KUALA LUMPUR – Penyanyi Nubhan enggan berkongsi punca utama dia menceraikan isterinya, Dr. Afifah Tawfek selepas 10 tahun hidup bersama.
Menurut Nubhan atau nama lengkapnya Ahmad Nubhan Ahamad, 39, 10 tahun dia cuba bertahan dalam perkahwinan, namun tewas jua akhirnya.
“Kalau dia (bekas isteri) mendakwa dia tidak tahu sebab apa dia diceraikan, saya rasa tidak wajar. Saya sudah bincang dengan dia tentang perkara ini beberapa kali.
“Saya pernah berjumpa dengan bapanya menceritakan tentang masalah kami dan minta nasihat. Saya juga pernah berjumpa dengan mak cik dia. Bukan sekali dia saya bertemu untuk berkongsi tentang masalah yang kami hadapi. Saya juga pernah bawa dia jumpa dengan pakar tentang rumah tangga.
“Saya tidak mahu cakap lebih-lebih tentang punca perceraian kami kerana takut terkeluar perkara-perkara yang tidak baik. Saya yang tinggal dengan dia selama 10 tahun. Biarlah saya simpan rapat,” katanya ketika ditemui di sidang media Gegar Vaganza musim ke-12, di sini, semalam.
Ditanya tentang kenyataan bekas isterinya sebelum ini yang masih mengharapkan sinar agar mereka berdua berbaik semula, kata pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim keenam itu, 10 tahun sudah cukup untuknya bertahan.
“Saya sudah cuba bertahan selama 10 tahun. 10 tahun bukan tempoh yang sekejap. Selama ini saya cuba bertahan demi anak-anak. Seperti saya katakan kami juga telah merujuk kepada mereka yang arif tentang masalah rumah tangga.
“Mungkin ini adalah takdir yang tertulis sampai di sini sahaja hubungan kami. Saya bersyukur dengan apa yang berlaku. Selama saya jadi suami, saya tak pernah culas tentang tanggungjawab,” jelasnya.
Nubhan juga menafikan dakwaan kononnya dia membeli rumah baharu yang terletak di Dengkil. Katanya rumah itu disewanya kerana mahu mengelak daripada pergaduhan di dalam rumah di depan anak-anaknya.
“Rumah itu saya tak beli tetapi sewa. Disebabkan apa yang berlaku, saya perlu asingkan diri.
“Saya tak mahu apabila kami bergaduh, dilihat anak-anak. Saya juga tak sanggup melihat mereka bersedih kerana boleh tinggalkan perkara buruk dalam ingatan.
“Saya nak jaga emosi anak-anak dengan baik. Jadi saya keluar dari rumah supaya keadaan dapat dikawal. Saya tak mahu anak-anak rasa tertekan,” katanya.
Terdahulu pada 16 Oktober lalu, kes permohonan pengesahan perceraian difailkan Nubhan terhadap isterinya disebut di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Berita perceraian yang dilaporkan Kosmo! Online sehari sebelum sebutan kes mengejutkan ramai, apatah lagi penyanyi terbabit juga pernah menceraikan isterinya itu pada 2017 iaitu ketika hamil anak pertama. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
4
















































![[VIDEO] ‘Ini manusia akhir zaman, orang buat ibadat pun dihalau’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/WhatsApp-Image-2025-06-27-at-2.57.36-PM-250x147.jpeg)
![[VIDEO] ‘Buat yang malas kerja, tolonglah sedar!’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/WhatsApp-Image-2025-06-27-at-1.13.18-PM-250x141.jpeg)