‘Satu pesawat kena turun sebab nota gurauan ‘bom’

2 hours ago 1

PETALING JAYA – Satu penerbangan ke Tawau, Sabah dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa terjejas gara-gara gurauan perkataan ‘bom’ pada barangan penumpang.

Menerusi hantaran dimuat naik seorang lelaki Uncle Afan pada Thread, kejadian dipercayai berlaku semalam dan pada barangan itu, terdapat nota ditulis ‘tolong jangan amek (ambil), ada bom’.

“Aku selalu pesan, sebab tu orang cakap nak travel ni bukan sahaja kena ada duit, tapi otak pun kena pandai. Tak pasal-pasal satu kapal kena turun dan pasukan skuad pun kena turun periksa semua benda,” kata pemuda tersebut dipercayai kakitangan di KLIA.

Dalam pada itu, dia turut berpesan kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak melakukan gurauan yang boleh memakan diri.

“Pesanan saya, serendah diri mana pun kita, kelakar mana pun kita, seramah mana pun kita, jangan sesekali tulis atau sebut bom, ‘hijack’ semasa bergurau dalam lapangan terbang atau dalam pesawat.

“Jangan bawa barang orang lain walaupun kawan sendiri. Jangan ambil atau alih beg yang orang tinggal dalam lapangan terbang sebab nanti apabila ada apa-apa berlaku, kamu suspek utama terakhir pegang beg itu.

“Ingat bila melibatkan penerbangan, belajar urus diri sendiri dan jangan bergantung dengan orang lain atau suka-suka nk tolong orang lain,” pesannya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai dan mereka turut berpesan supaya berhati-hati tidak menggunakan perkataan sedemikian bukan sahaja di dalam pesawat atau lapangan terbang, malah di kawasan lain yang sensitif.

“Pernah saya kena penumpang bagitahu ada bom dan bawa pistol. Masuk kerja pukul 4 pagi, pukul 9 malam masih ada dekat IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah),” kata seorang pengguna Thread aax4441.

“Ya saya ingat dulu-dulu masa pesan makanan dalam pesawat, saya tanya roti bom. Lepas tu datang pramugari cakap jangan sebut bom, roti canai je. Nanti semua panik dengar perkataan bom. Ops salah saya,” kata Needlehem.

“Boleh dia buat main benda ni ya. Keselamatan lapangan terbang sangat tegas. Anak buah saya dulu-dulu pernah obses dengan mainan pistol. Kena buang ya semua benda berbentuk senjata api, tak boleh bawa masuk kapal sekalipun benda tu mainan sahaja,” kata Uchs1820.

Sementara itu, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada Malaysia Airport atau mana-mana pihak berhubung kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |