Sara bukti komitmen kerajaan jaga kebajikan rakyat

12 hours ago 8
Gambar hiasan
  • Oleh AMIR HAIKAL KAMARUDIN
  • 19 Disember 2025, 4:35 pm

PETALING JAYA – Inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang diperkenalkan kerajaan merupakan ikhtiar berterusan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan rentan.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Madani sedar tidak semua rakyat berada pada kedudukan yang sama, justeru Sara diwujudkan sebagai jaring keselamatan sosial agar tiada siapa yang tercicir.

“Inilah komitmen kerajaan Madani dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.
Sara merupakan antara inisiatif di bawah kerangka Malaysia Madani yang memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat secara menyeluruh termasuk aspek bantuan kewangan, kemahiran dan peluang pekerjaan.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |