Rusuhan di London, 150,000 bantah pendatang asing 

4 hours ago 3

LONDON – Pertempuran meletus di London semalam dengan polis membuat 25 tangkapan selepas 150,000 orang berhimpun dalam salah satu tunjuk perasaan berhaluan kanan terbesar di Britain, dianjurkan oleh aktivis Tommy Robinson.

Polis berkata, 26 anggota dan pegawainya cedera dengan empat parah selepas menghadapi ‘keganasan yang tidak boleh diterima’  ketika mereka cuba mengawal orang ramai. Ramai penunjuk perasaan anti pendatang asing itu membawa bendera England  dan Britain.

Polis Metropolitan London menganggarkan antara 110,000 hingga 150,000 orang hadir pada perhimpunan tersebut sekali gus melebihi jangkaan penganjur.

Menurut polis, pertempuran berlaku selepas sebilangan penunjuk perasaan cuba memasuki ‘kawasan larangan’ berhampiran lokasi penunjuk perasaan yang bersimpati dengan imigran.

Sekitar 5,000 orang menghadiri perarakan pro imigran dinamakan Stand Up to Racism dan kira-kira 1,000 anggota polis dikerah untuk memisahkan dua kumpulan penunjuk perasaan tersebut.

“Tidak syak lagi orang ramai  datang melaksanakan hak mereka untuk menunjuk perasaan secara aman  tetapi ramai juga hadir dengan niat melakukan keganasan

“Mereka mencetuskan konfrontasi dengan polis, terlibat dalam penderaan fizikal dan lisan serta  bersungguh-sungguh melanggar sekatan yang dibina untuk memastikan semua orang selamat,” kata Penolong Pesuruhjaya Polis Metropolitan, Matt Twist.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Britain, Shabana Mahmood mengutuk  penunjuk perasaan yang menyerang dan mencederakan anggota polis.

“Sesiapa sahaja yang mengambil bahagian dalam aktiviti jenayah akan menghadapi hukuman penuh undang-undang,” katanya berhubung protes besar-besaran tersebut  yang berlarutan selama beberapa jam. – AFP 

Read Entire Article
Pertanian | | | |