Ribut petir landa Port Dickson, Klang hingga petang

1 month ago 41
Gambar hiasan.
  • Oleh HALISYA ISMA ZULKURNAIN
  • 16 Disember 2025, 2:10 pm

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat melibatkan negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah sehingga pukul 4 petang.

Antara kawasan yang terlibat dalam cuaca buruk di Selangor ialah Klang, Kuala Langat dan Sepang manakala Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan turut terjejas.

“Selain itu, amaran hujan berterusan turut dikeluarkan di seluruh negeri Melaka selain Tangkak, Muar dan Batu Pahat di Johor.

“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau), Tawau dan Sandakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |