Remaja 14 tahun lemas selepas mancing bersama rakan

7 hours ago 7
  • Oleh FARAHWAHIDA AHMAD
  • 20 Julai 2025, 8:37 pm
SEORANG remaja lelaki 14 tahun ditemui lemas selepas dipercayai memancing bersama rakan di Sungai Segamat berhampiran Walter Farm, Segamat petang tadi.

SEGAMAT – Seorang remaja lelaki, Muhammad Azfar Ammer Abdullah, 14, ditemui lemas selepas dipercayai memancing bersama rakan di Sungai Segamat berhampiran Walter Farm, di sini petang tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba Penyelamat Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Muhd Hazim Abdul Razak, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira pukul 4.08 petang.

“Pihak bomba bertindak membuat pencarian di sepanjang sungai menggunakan bot dan menemui mangsa di tebing sungai pada jarak lebih kurang lima meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa yang pada awalnya dipercayai memancing bersama dua lagi rakan sebelum mandi-manda di sungai itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |