DARO – Usaha mencari seorang remaja lelaki yang dipercayai dibaham buaya ketika menjala udang di Sungai Kelai, Pulau Bruit, di sini, diteruskan hari ini selepas dilaporkan hilang pada Jumaat lalu.
Mangsa dikenali sebagai Agustine Fernando Anak Nyalong, 14, dilaporkan hilang selepas diserang buaya ketika keluar menjala bersama empat rakannya pada hari berkenaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu, buaya berkenaan dipercayai muncul secara tiba-tiba sebelum menerkam mangsa dan menariknya ke dalam air.
“Rakan mangsa berusaha membantu namun tidak sempat, rakan-rakan mangsa
turut bergegas balik ke rumah panjang untuk memaklumkan kepada penduduk setempat berhubung kejadian tersebut.
“Penduduk setempat bergerak ke lokasi kenadian untuk mencari mangsa yang dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, lokasi kejadian telah dikenal pasti dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan bermula semalam.
Ujarnya, operasi SAR pada semalam bermula pukul 6.30 pagi dengan sepasukan lima anggota Pasukan Keluaran Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Daro bergerak ke lokasi kejadian.
“Pasukan SAR tiba di lokasi pada pukul 7.30 pagi sebelum taklimat operasi diadakan pada pukul 8 pagi,” ujarnya.
PGO Sarawak berkata, operasi SAR mula melaksanakan pencarian pada pukul 9.09 pagi dengan radius pencarian sekitar tiga kilometer sepanjang pesisir Sungai Paloh.
“Operasi berkenaan melibatkan kerjasama Bomba, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Perbadanan Perhutanan Sarawak, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta penduduk kampung setempat,” katanya.
Tambahnya, operasi pada semalam ditangguh seketika dan disambung semula pada hari ini bermula pukul 8 pagi. – KOSMO! ONLINE

6 hours ago
5





![[VIDEO] Gajah ‘serang’ Honda City sebab bau durian](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/gajah-1.jpeg)










![[VIDEO] ‘Terpaksa lalu demi tugas’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-28-at-11.16.34-AM.jpeg)

![[VIDEO] JB-KL 8 jam memang ‘rabak’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-28-at-11.01.09-AM.jpeg)






























