R&D pertahanan perlu seiring dengan kecanggihan teknologi – Anwar

13 hours ago 4
Situs Buletin News 24 Jam Cermat Online

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta sinergi baharu diwujudkan oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa berkunjung ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sinergi itu supaya ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertahanan terus maju seiring perubahan dan kecanggihan teknologi dunia masa kini.

“Berkunjung ke Pangkalan TUDM Subang hari ini untuk sesi libat urus bersama pengurusan tertinggi Mindef dan ATM lantas terus mendapatkan perkembangan terkini terkait kesiapsiagaan pertahanan negara.

“Keutamaan yang perlu diambil kira kepimpinan dan pengurusan pastinya terkait status aset pertahanan, latihan, kebajikan, kerjasama dan kebersamaan seluruh pihak selain mengenal pasti masalah atau isu yang berbangkit dalam mencari penyelesaian tuntas,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, beliau turut beramah mesra dengan para juruterbang yang terlibat dalam pelbagai acara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti sambutan Hari Kemerdekaan serta siri pameran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi.

Menurut beliau, kemampuan dan keupayaan mengendali pesawat dengan begitu cekap dan meyakinkan membuktikan kemampuan anak watan dalam mengendali pesawat yang canggih dan moden dalam memastikan kesiapsiagaan pertahanan negara pada tahap terbaik.

Beliau seterusnya menunaikan solat Jumaat bersama jemaah Masjid Pangkalan Udara Subang dan kemudian menyampaikan sumbangan bubur lambuk warga pasukan ATM.

“Saya juga berkesempatan bertemu wakil Bakat (Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera) yang merupakan tulang belakang institusi keluarga kepada pegawai dan anggota ATM.

“Peranan mereka amat penting dalam memberi dokongan kepada pegawai dan anggota mereka yang sentiasa sedia berkorban demi tanah air,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |