Kawalan ketat anggota polis ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 di Dewan Seri Sulaman, Majlis Daerah Tuaran pada 15 November lalu. Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!
- Oleh IVAN AMIRUL
- 25 November 2025, 2:34 pm
KOTA KINABALU – Polis Sabah memaklumkan sebanyak 85 laporan polis diterima sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah yang bermula sejak 15 November lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata isu-isu tertentu tidak dapat dielakkan dan beberapa pihak pasti akan membuat laporan berikutan terlalu banyak parti terbabit dalam PRN kali ini.
”Antara laporan diterima termasuklah beberapa kes salah guna media sosial serta kes perbuatan khianat. Ia terutamanya berkaitan vandalisme membabitkan poster, bendera serta bahan kempen lain.
”Semua aduan ini merangkumi sebahagian besar laporan yang diterima,” katanya ketika ditemui media selepas proses mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada Selasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata daripada 85 laporan diterima, pihaknya telah membuka 53 kertas siasatan.
Jauteh memaklumkan sebanyak 7,288 permit kempen telah dikeluarkan kepada semua petugas kempen pilihan raya sehingga malam tadi.
Bercakap mengenai penugasan katanya lebih 12,000 anggota polis akan dikerahkan di seluruh Sabah bagi hari pengundian Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

5 days ago
18



![[VIDEO] ‘Sedihnya…Tok Wan Jagung Gurun dah tinggalkan kita’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/tok-wan-jagung.jpeg)






![[VIDEO] Positif dadah, pemandu lori lawan arus 150 km ditahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/lori-lawan-arus.jpeg)

![[VIDEO] ‘Bukan pandang belakang kak, pandang depan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/konvo-utim.jpeg)




































