Gambar hiasan.
- Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
- 31 Disember 2025, 10:13 am
SHAH ALAM – Polis Selangor merekodkan kutipan sebanyak RM19.5 juta hasil pembayaran saman sepanjang tempoh dua bulan pelaksanaan Program Pengurangan Kompaun Saman 70 peratus yang berakhir semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, dalam tempoh tersebut sebanyak 258,345 keping saman telah berjaya diselesaikan, sekali gus mencerminkan tahap pematuhan yang positif dalam kalangan pengguna jalan raya.
Menurutnya, kutipan itu melibatkan 125,759 helai saman POL.257 dengan nilai RM11.49 juta, manakala 132,586 helai saman POL.170A mencatatkan kutipan sebanyak RM8.02 juta.
“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan merekodkan kutipan tertinggi dengan RM2.7 juta diikuti IPD Petaling Jaya (RM2.1 juta) dan IPD Kajang sebanyak RM1.7 juta),” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

16 hours ago
7

















































