PETALING JAYA – Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi meletakkan jambangan bunga pada Tugu Negara dan Tanah Perkuburan Jepun di ibu negara dengan menzahirkan penghormatan penuh makna sebelum pulang ke Jepun, semalam.
Menerusi hantaran di aplikasi X, Takaichi turut menunduk sebagai tanda penuh hormat kepada sejarah silam ketika melawat kedua-dua monumen bersejarah itu.
“Saya berasa terharu kerana dapat menzahirkan penghormatan kepada rakyat yang terkorban di Malaysia.
Selepas itu, saya turut melawat Tugu Negara bagi menghormati semangat para askar dan orang awam yang gugur dalam dua peperangan dunia serta perjuangan kemerdekaan Malaysia,” ujarnya.
Tangkap layar hantaran oleh Sanae Takaichi di aplikasi X, menzahirkan penghormatan ketika mengunjungi Japanese Cemetery di Kuala Lumpur, semalam.Untuk rekod, tindakannya itu dipercayai merujuk kepada sejarah pendudukan Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua, yang meninggalkan kesan mendalam terhadap rakyat tempatan.
Hantaran tersebut meraih lebih 4 juta tontonan, 170,000 tanda suka, dan 16,000 ciapan semula menunjukkan penghargaan terhadap mesej perpaduan yang dibawa Takaichi.
Seorang pengguna media sosial turut memuji langkah Takaichi penuh diplomasi bermakna walaupun bukan melalui ucapan megah dalam ciapan semula.
“Lawatan beliau ke dua lokasi bersejarah itu melambangkan hubungan erat antara Malaysia dan Jepun dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, ekonomi dan teknologi,” tambahnya.
Tinjauan Kosmo! mendapati, ramai rakyat tempatan mengimbau kembali kisah lama yang pernah diceritakan oleh nenek moyang mereka tentang peristiwa tersebut.
“Moyang saya antara yang tewas dalam peperangan ini. Tanah Melayu dijajah teruk ketika itu sehingga meninggalkan trauma yang mendalam,” komen @Yiensherynn
“Nenek pun ada cerita terpaksa soroo beras dalam tanah. Semoga yang terkorban maafkan mereka (Jepun),” kata Kasyaf.
“Jangan pernah lupakan sejarah, bukan bermakna berdendam tapi sebagai peringatan dan pengajaran,” komen @BikWaKongsi -KOSMO! ONLINE

3 hours ago
1







![[VIDEO] Dipaksa makan daging babi, minum arak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_0524.jpeg)




![[VIDEO] Usahawan hartanah Azlan Al Amin, lima lelaki lain didakwa bergaduh](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_0516-e1761545380931.jpeg)





![[VIDEO] Rumah jadi longgokan sampah, penyewa enggan keluar](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_0507.jpeg)






























