Piala Dunia Kelab: Al-Hilal sandaran terbaik Asia

23 hours ago 7

AL-HILAL sudah sinonim digelar sebagai salah satu gergasi Asia apabila meraih pelbagai kejayaan di peringkat benua termasuk memenangi Liga Juara-Juara Asia sebanyak empat kali.

Seperti diketahui umum, Al-Hilal begitu dikenali dengan pendekatan kelab itu berbelanja besar mendapatkan ramai bintang dunia seperti Ruben Neves, Kalidou Koulibaly, Aleksandar Mitrovic dan Joao Cancelo.

Berdasarkan kualiti yang ada pada The Blue Waves, penampilan Al-Hilal kali ini pasti dinanti-nanti kerana ramai yang beranggapan kelab Arab Saudi itu mampu mencabar dominasi pasukan besar lain.

Gabungan bintang antarabangsa berprofil tinggi dan pemain tempatan Arab Saudi yang berpengalaman seperti Salem Al-Dawsari dan Saud Abdulhamid pasti mewujudkan skuad yang sangat kuat di setiap posisi.

“Saya adalah pengendali sementara, namun saya juga adalah jurulatih profesional dan sentiasa mengharapkan yang terbaik.

“Sudah pasti kami akan bekerja keras setiap hari untuk perbetulkan segala kelemahan atau kesilapan pasukan. Kami perlu pamerkan peningkatan untuk hadapi aksi akan datang,” kata Mohammad Al-Shalhoub yang kini melepaskan tugasnya kepada Simone Inzaghi.

Inzaghi diumumkan secara rasmi sebagai ketua jurulatih Al-Hilal, menggantikan pengendali interim Al-Shalhoub, dengan kontrak selama dua tahun pada 5 Jun lalu.

Antara kekuatan utama Al-Hilal lebih menjurus kepada kualiti yang ada pada jentera tengah dan serangan diketuai oleh bekas ayam tambatan Fulham, Mitrovic.

Bagaimanapun, aspek kritikal yang perlu diselesaikan ketika ini adalah membina kematangan pemain kerana pelaburan tinggi sebelum ini pastinya akan mewujudkan harapan lebih besar daripada peminat di Asia khususnya di Arab Saudi.

Selain cuaca, perbezaan masa antara Arab Saudi dan Amerika Syarikat selaku tuan rumah perlu diselesaikan dengan kadar segera bagi mengelak berlakunya keletihan dikalangan pemain atau pun berdepan masalah ‘jet lag’.

INFO

KUMPULAN H

AL-HILAL

Negara: Arab Saudi

Nama gelaran: The Blue Waves

Jurulatih: Simone Inzaghi

Kapten: Salem Al-Dawsari

Pemain tumpuan: Aleksandar Mitrovic

Read Entire Article
Pertanian | | | |