Mentua adalah syurga, beranak tiap tahun pun okey

15 hours ago 6
  • Oleh HIBGLAM
  • 14 Jun 2025, 10:30 am
BERTUAHNYA Elisya kerana dikurniakan seorang mentua yang sangat penyayang dan menjaga seperti tuan puteri.

SIAPA tak mahu memiliki ibu mentua yang menjaga dan melayan seperti anak sendiri? Nikmat tersebut diidam mana-mana individu selepas berkahwin dan nampaknya Elisya Sandha antara yang bertuah.

Perkara tersebut yang menghujani ruangan komen Elisya selepas tular beberapa video ibu mentuanya menyediakan hidangan sepanjang tempoh berpantang selepas melahirkan anak kedua pada Mei lalu.

Paling membuatkan ramai cemburu, menu yang disediakan Sheila untuk menantunya sangat menyelerakan dan menarik.

“Bertuah Elisya dapat ibu mentua macam Sheila. Pantang pun tenang sahaja hati.

“Kalau layanan begini, bersalin setiap tahun pun sanggup. Makanan berpantang Elisya nampak sedap!” komen netizen.

Read Entire Article
Pertanian | | | |