Menyorot fesyen tempatan, nama Mira Filzah sentiasa sinonim dengan gaya yang sopan dan effortless.
Sejak awal kemunculannya, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 32, mengekalkan identiti sopan (modest), tidak keterlaluan, tidak sarat aksesori, tetapi tetap memukau dalam kesederhanaan.
Pesonanya terletak pada kemampuan mengekalkan keseimbangan antara gaya Muslimah moden dan sentuhan feminin yang soft.
Berkongsi tentang penggayaan fesyen modest, Mira memberitahu modest baginya bukan cuma terhad kepada pakaian bertutup litup, namun pakaian dengan potongan yang longgar juga boleh didefinisikan sebagai gaya sopan.
“Bagi saya, pakaian longgar seperti jaket bersaiz besar atau oversized juga dikategorikan sebagai sopan.
“Ini kerana gaya pakaian sedemikian nampak ringkas dan dalam masa yang sama ia menutup aurat,” katanya ketika ditemui CitaRasa pada majlis pelancaran Fashionably Modest Asia 2025 baru-baru ini.
Aktres ini mencipta identiti yang bukan sahaja sopan tetapi anggun dalam setiap penampilan.Gaya pemakaian Mira yang ringkas dan sesuai dengan keadaan menjadikan pelakon itu sebagai sumber rujukan ramai wanita Muslimah dalam berpakaian.
Gaya ibu seorang anak itu tampak moden, mudah ditiru dan tidak pernah nampak keterlaluan.
Ujar Mira, dia sejujurnya merasakan dirinya tidak begitu pandai bergaya kerana lebih cenderung tampil dengan imej yang ringkas apabila keluar.
“Saya cukup minimalis dan basic. Jika anda lihat gaya saya apabila saya berada di luar, biasanya saya akan memakai baju, seluar jean atau skirt dan tudung.
“Oleh sebab itu, apabila saya berpeluang melihat pertunjukan fesyen seperti Fashionably Modest Asia 2025, saya melihat penggayaan gaya sopan yang ditampilkan model-model menerusi layering, yang saya mahu praktikkan nanti,” katanya.

Berkongsi tentang item fesyen pilihan, Mira berkata dia sukakan baggy jeans atau jean dengan potongan longgar yang dikenali sebagai curvy jeans, selain sedang obses dengan jaket kulit.
“Ketika ini, saya cukup obses dengan jaket kulit. Saya sudah pun mempunyai beberapa helai di rumah.
“Jaket kulit kini sedang menjadi trend fesyen dan saya amat sukakannya kerana bagi saya, apabila gaya ringkas digabungkan dengan jaket kulit, gaya kita terus nampak ‘wow’,” jelasnya.
Selain memberikan karakter edgy, pemilihan jaket kulit juga menambah lapisan tekstur yang menjadikan keseluruhan gaya tampak lebih kontemporari dan chic, satu elemen yang jarang dimainkan dalam gaya modest, namun berjaya diterjemah Mira dengan begitu natural.
Kesimpulannya, gaya modest Mira adalah definisi less is more.
Dengan pendekatan minimalisme, warna asli dan potongan longgar yang feminin, Mira mencipta identiti fesyen yang bukan sahaja sopan, tetapi anggun dalam setiap penampilan.
Modesty tidak pernah membosankan dan Mira Filzah membuktikan bahawa kesederhanaan adalah bentuk kecantikan paling elegan.

9 hours ago
5

















































