Gambar hiasan. Foto FACEBOOK MAXIS
- Oleh AMIR HAIKAL KAMARUDIN
- 21 Disember 2025, 7:49 pm
PETALING JAYA – Maxis memaklumkan bahawa perkhidmatan panggilan suara dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sebelum ini mengalami gangguan telah pulih sepenuhnya.
Menurut kenyataan ringkas yang dikongsi di laman media sosial syarikat itu hari ini, semua perkhidmatan yang terjejas kini kembali beroperasi seperti biasa.
“Terdapat isu teknikal yang menjejaskan perkhidmatan panggilan suara dan SMS lebih awal hari ini. Kami ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan yang terjejas telah dipulihkan,” katanya.
Maxis turut merakamkan penghargaan kepada pelanggan yang terus bersabar sepanjang gangguan tersebut berlaku.
“Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan mengucapkan terima kasih atas kesabaran anda,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

4 hours ago
4








![[VIDEO] Saya sedia ‘rematch’ – Yusuf Azmi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-21-at-1.51.56-PM.jpeg)








































