Penuntut UMS maut terjatuh di Dewan Canselor

1 day ago 5
Gambar hiasan.
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 19 Disember 2025, 11:30 am

KOTA KINABALU – Seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditemui maut dipercayai terjatuh dalam kejadian di Dewan Canselor semalam.

‎Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, penuntut lelaki berusia 23 tahun berkenaan ditemui oleh dua pekerja penyelenggaraan di pusat pengajian tinggi terbabit.

‎Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditemui terbaring di atas pentas di dalam Dewan Canselor UMS.

‎”Pegawai perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKS) telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 11.10 pagi.

‎”Pemeriksaan luaran mendapati tiada sebarang kecederaan mencurigakan selain kesan akibat terjatuh,” katanya dalam kenyataan.

‎Beliau berkata hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam Dewan Canselor UMS mendapati mangsa dilihat terjatuh pada Rabu lalu, pukul 6.09 petang.

‎”Tiada saksi awam yang menyaksikan kejadian berkenaan setakat ini.‎ Setakat ini kes ini diklasifikasikan sebagai Kematian Mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |