Polis menahan suspek yang didakwa menyimbah air campuran najis ke atas seorang penunggang motosikal. - Istimewa
- Oleh KOSMO
- 17 Disember 2025, 7:00 pm
JAKARTA – Seorang wanita di Jakarta Pusat disimbah air campuran najis semasa menunggang motosikal bersama rakannya, lapor portal berita iNews.
Kejadian berlaku di Jalan Pejompongan Raya, Tanah Abang petang semalam.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan mangsa memberitahu bahawa seluruh pakaiannya tiba-tiba basah dan kotor ketika melintas jalan tersebut.
Ketua Polis Metro Tanah Abang, Komisioner Kanan Haris Akhmad Basuki berkata, pelaku dikenal pasti sebagai seorang remaja berumur 15 tahun.
“Berdasarkan siasatan awal, polis telah menahan suspek yang dikenali sebagai N. Polis akan mengambil pendekatan berperikemanusiaan memandangkan suspek masih di bawah umur.
“Kami mengutamakan bimbingan dan pendidikan dengan melibatkan ibu bapa serta ketua masyarakat. Matlamatnya adalah untuk memastikan kanak-kanak memahami kesan perbuatan mereka dan mengelak kejadian serupa berulang,” kata Haris. – AGENSI

22 hours ago
8
















































