Pengorbanan skuad B-23 luar biasa – Nafuzi

8 hours ago 6

Pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Nafuzi Zain, bangga dengan pengorbanan luar biasa pemainnya yang menamatkan kempen Sukan SEA Thailand 2025 dengan pingat gangsa.

Menurut pengendali berusia 45 tahun itu, perjalanan skuad kendaliannya sejak dari fasa persiapan awal disifatkan umpama sebuah ‘peperangan’ yang boleh dibukukan, di mana pasukan berdepan masalah kekurangan pemain akibat kecederaan dan penggantungan.

“Kalau ikutkan cerita Sukan SEA ini dari awal persediaan sampai sekarang, kita boleh buat satu buku. Sehingga ke perlawanan terakhir, kita seolah-olah ‘berperang’. Ada pemain yang bertongkat, berbalut bahu. 

“Itu semua adalah pengorbanan dan satu perjuangan untuk negara yang saya rasa kita patut bangga,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan tempat ketiga di Stadium Nasional Rajamangala di sini, kelmarin.

Skuad Harimau Muda melakar kemenangan 2-1 ke atas untuk merangkul pingat gangsa, sekali gus menamatkan kemarau pingat Malaysia dalam acara bola sepak lelaki di pentas Sukan SEA selepas lapan tahun.

Kejayaan itu menyaksikan skuad Harimau Muda kembali menaiki podium buat pertama kali sejak meraih perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, sekali gus menebus kekecewaan tersingkir tanpa pingat pada tiga edisi terdahulu.

Mengulas kejayaan meraih gangsa, Nafuzi berkata, itu semua adalah hasil kepercayaan yang diberikan kepada pemain selepas skuad B-23 berdepan kegagalan dalam dua kejohanan terdahulu.

“Ini sebenarnya adalah tu proses, kita juga kena fikir tentang peningkatan prestasi pasukan-pasukan lain dalam kejohanan yang sebelum ini dan semua itu aya anggap sebaga proses dan sekarang kita mampu membentuk pasukan yang baik,” katanya.

Menurut Nafuzi antara faktor kejayaan meraih gangsa di temasya dwitahunan itu ialah para pemain menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi dalam menghadapi kekurangan pasukan sepanjang kempen di sini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |