Pemuda bakar rumah didakwa lembam, mangsa buli

2 weeks ago 15
  • Oleh NORLIA RAMLI
  • 23 Januari 2025, 5:33 pm
Adnan bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Baling melihat motosikal yang rentung dalam kebakaran di Kupang, Baling pada 26 Disember lalu.

BALING – Ibu kepada seorang pemuda yang ditahan kerana disyaki membakar sembilan rumah di Kupang, di sini mendakwa anaknya seorang lembam dan sering menjadi mangsa buli.

Wanita berusia lingkungan 50-an itu mendakwa, anak sulungnya itu tidak sukakan kekerasan dan selalu menjadi mangsa buli dari sekolah rendah sehingga tempat kerja di sebuah kilang getah.

“Suatu ketika, dia pulang dengan mulut berdarah dan mengatakan rakan sekerjanya memasukkan getah sekerap ke dalam mulutnya sehingga luka.

“Akhirnya dia berhenti kerja kira-kira dua tahun lalu tetapi dia masih dibuli oleh bekas rakan sekerjanya yang masih ada hubungan dengannya sehinggakan dia mengalami kemurungan,” dakwanya sambil menangis.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |