KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki yang memandu sebuah Range Rover Velar dalam keadaan berbahaya seperti tular di media sosial, selepas ujian saringan air kencing mendapati dia positif tiga jenis dadah.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, suspek berusia 32 tahun hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur pada pukul 10.30 pagi tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
“Hasil pemeriksaan mendapati ujian ‘evidential breath analyzer’ (EBA) menunjukkan bacaan 0mg/100ml. Namun, ujian urin di IPD Dang Wangi mendapati pemandu positif ketamin, amphetamine dan methamphetamine.
“Suspek kini ditahan di IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Berhubung dua penumpang di dalam kenderaan tersebut, beliau memaklumkan pihaknya masih dalam tindakan siasatan.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, polis membuka siasatan berhubung satu video tular memaparkan sebuah kereta dipandu dalam keadaan berbahaya dan didakwa pemandunya berada di bawah pengaruh alkohol di Lebuhraya Sungai Besi menghala ke Taman Naga Emas.
Video berdurasi satu minit itu memaparkan sebuah Range Rover Velar bergerak dengan tayar belakang kanan dalam keadaan pecah dan hancur, sebelum tular di media sosial pada semalam.
Mohd. Zamzuri dilapor berkata, hasil semakan pihaknya mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi.
Susulan itu, lelaki berkenaan hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur pada pukul 10.30 pagi, hari ini bagi membantu siasatan.
Kata Mohd. Zamzuri, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.
Semalam, Kosmo! melaporkan, seorang lelaki tetap memandu kenderaannya walaupun bahagian tayar belakang telah pecah dan hanya bergerak menggunakan rim sahaja.
Kejadian yang berlaku di ibu kota itu menyaksikan seorang pemandu bersama dua lagi temannya memandu kenderaan utiliti sukan mewah dengan hanya menggunakan tiga roda bertayar lengkap. – KOSMO! ONLINE

1 week ago
16










![[VIDEO] ‘Sedihnya…Tok Wan Jagung Gurun dah tinggalkan kita’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/tok-wan-jagung.jpeg)






![[VIDEO] Positif dadah, pemandu lori lawan arus 150 km ditahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/lori-lawan-arus.jpeg)

![[VIDEO] ‘Bukan pandang belakang kak, pandang depan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/konvo-utim.jpeg)





























