Pelajar Politeknik Merlimau maut selepas enam hari bertarung nyawa kemalangan

1 week ago 12

JEMPOL – Seorang pelajar Politeknik Merlimau di Melaka meninggal dunia selepas enam hari bertarung nyawa di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah selepas terbabit nahas di daerah ini, 4 April lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, telah telah berlaku kemalangan di kilometer tiga, Jalan Bahau – Juasseh melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dan sebuah kereta jenis Proton Saga.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku semasa penunggang motosikal iaitu mangsa seorang lelaki berusia 20 tahun dari arah Bahau menuju ke Juasseh dipercayai ke rumah rakannya.

“Setiba di lokasi kejadian, datang sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 25 tahun telah keluar dari simpang sebelah kiri untuk menghala ke Pekan Bahau menyebabkan penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu telah melanggar kereta tersebut di bahagian hadapan sebelah kanan.

“Akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dibahagian kepala dan dibawa ke HTAN untuk menerima rawatan manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

“Bagaimanapun, kira-kira pukul 11 malam (semalam), mangsa penunggang motosikal disahkan telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAN,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Sehubungan itu, pihak polis meminta agar saksi kejadian berkenaan supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan.

-tamat-

Keadaan kenderaan dan lokasi kemalangan di kilometer tiga, Jalan Bahau – Juasseh yang mengorbankan nyawa seorang pelajar Politeknik Merlimau selepas bertarung nyawa enam hari di hospital. -IHSAN POLIS

Read Entire Article
Pertanian | | | |