Pegawai narkotik disiasat kes ‘sentuh’ isteri tahanan

5 hours ago 3
Mohd. Yusoff bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan perhimpunan bulanan di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!
  • Oleh KOSMO!
  • 18 Disember 2025, 1:46 pm

KOTA BHARU – Seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sebuah ibu pejabat polis daerah di Kelantan disiasat selepas dipercayai mencabul seorang wanita di dalam sebuah kereta di Pasir Mas dekat sini pada minggu lalu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam berlaku ketika mangsa yang berusia 20 tahun berjumpa dengan pegawai berkenaan selepas suaminya ditahan akibat kesalahan dadah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pegawai yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 30-an bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis buat sementara waktu.

Katanya, siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut masih dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 345 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |