Pasangan kekasih direman kes bunuh bayi

2 weeks ago 13
  • Oleh NOR AINNA HAMZAH
  • 22 Januari 2025, 11:15 am
Sepasang kekasih direman selama tujuh hari selepas disyaki menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian kepada seorang bayi, semalam.

PORT DICKSON – Sepasang kekasih direman selama tujuh hari hari ini selepas disyaki menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian kepada seorang bayi, semalam.

Perintah reman terhadap suspek iaitu remaja perempuan berusia 18 tahun dan lelaki berusia 21 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Hairun Najmi Mashahadi di Mahkamah Majistret di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, perintah reman berkenaan bermula hari ini hingga 28 Januari adalah bagi membolehkan polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Maslan memaklumkan pasangan kekasih tersebut ditangkap antara pukul 9.30 hingga 9.45 malam semalam di dua lokasi berasingan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |