Deretan bendera parti yang bertanding menghiasi bahu jalan raya bersempena Pilihan Raya Umum Negeri Sabah di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu, Sabah. Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!
- Oleh KOSMO!
- 29 November 2025, 7:45 pm
PETALING JAYA – Parti Warisan bersaing hebat dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) apabila kiraan awal mendahului di tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Negeri Ke-17 hari ini.
Sehingga pukul 7.30 malam ini, Warisan mendahului kiraan di DUN Sri Tanjong, Tanjung Aru, Luyang, Likas, Tanjung Papat, Api-api dan Elopura.
Sementara GRS mendahului di enam kawasan iaitu Pintasan, Sugut, Labuk, Sungai Sibuga, Sungai Manila dan Kemabong.
Sebanyak 73 kawasan DUN menjadi rebutan dan mana-mana parti memerlukan 36 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah. – KOSMO! ONLINE

1 month ago
36













![[VIDEO] Pelajar IPT maut kemalangan tiga buah kenderaan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-19-at-3.36.53-PM.jpeg)



































