FILEM Blood Brothers: Bara Naga yang menggila ketika ini bukan hanya meledakkan nama pelakon utamanya tetapi juga beberapa aktor lain seperti Andy Teh dan Irfan Zaini.
Andy yang membawa watak Pablo kini menjadi bahan bualan ramai dalam media sosial terutama dalam kalangan gadis.
Paling lucu, ada yang mengaku jatuh cinta dengan Pablo kerana ketangkasannya dalam melakonkan babak aksi.
“Adakah dia benar-benar berbangsa Cina? Sebab saya nampak dia separuh Cina dan separuh lagi milik saya.
“Ini Cina atau cinta?
“Tiba-tiba aku boleh bercakap bahasa Cina, ‘wo ai ni’ (saya cintakan awak) Andy!” seloroh netizen.