Ozlynn marah anak sebelum ‘racun’ Johan bagi duit

10 hours ago 6
Sodiq (tengah) mendedahkan Ozlynn yang dipanggil mama adalah individu yang selalunya memberinya wang belanja berbanding bapanya, Johan.
  • Oleh NUR EMIRA SAIZALI
  • 28 Disember 2025, 8:40 am

“DULU tengok Sodiq kecil dan comel sahaja, tiba-tiba sudah besar!”

Itu antara komen yang membanjiri sebuah video dimuat naik menerusi akaun TikTok Borak SeeNI yang memaparkan Johan dan isterinya, Ozlyn bersama anak mereka, Ahmad Sodiq Hanania.

Dalam video tular tersebut, Sodiq mendedahkan Ozlynn yang dipanggil mama adalah individu yang selalunya memberinya wang belanja berbanding bapanya.

Paling lucu, Sodiq yang diminta memilih sama ada ibu atau bapanya lebih garang, dia memaklumkan Ozlyn akan memarahinya terlebih dahulu sebelum menghasut Johan untuk memukulnya.

“Mama yang selalu marah kemudian dia hasut papa, selepas itu papa pula pukul,” katanya.

Pengakuan tersebut membuatkan penonton terhibur, namun dalam masa sama memuji ketegasan Johan tegas dalam mendidik anak-anaknya.

Read Entire Article
Pertanian | | | |