Anggota polis trafik melakukan pemeriksaan ke atas penunggang motosikal dalam sekatan jalan raya sempena Op Ambang Tahun Baharu di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!
- Oleh RAJA JAAFAR ALI
- 1 Januari 2026, 2:46 pm
JOHOR BAHRU – Polis Johor memperketat kawalan keselamatan sempena sambutan tahun baharu menerusi Op Krismas dan Op Ambang Tahun Baharu 2026 yang menyaksikan 17 individu ditahan atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi tersebut.
Operasi yang berlangsung dari 23 Disember hingga hari ini melibatkan seramai 1,681 pegawai dan anggota polis yang digerakkan secara berperingkat di seluruh Johor.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, tangkapan melibatkan individu berusia 14 hingga 46 tahun hasil pemeriksaan dan pemantauan berterusan di kawasan tumpuan orang ramai. Katanya, tumpuan operasi itu untuk membanteras jenayah, mengekalkan ketenteraman awam dan memastikan keselamatan orang ramai sepanjang musim perayaan dan sambutan ambang tahun baharu terjamin.
“Kita memeriksa seramai 28,553 individu dan memeriksa 23,763 kenderaan serta 1,505 premis perniagaan di seluruh Johor yang membawa kepada beberapa tangkapan berkaitan kesalahan jenayah dan trafik selain tindakan tegas terhadap pihak yang ingkar undang-undang,” katanya.
Dalam pada itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor turut melaksanakan Op Lancar sejak 25 hingga semalam bagi mengawal kesesakan serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. – KOSMO! ONLINE

2 weeks ago
20


![[VIDEO] Rupa-rupanya dia nak jadikan bumi Anbiya itu rumahnya – Suami Nadia Kesuma](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/Tangkap-layar-video-Muhammad-Kamarul-tengah-bersama-pihak-Nuh-Travel-semasa-di-KLIA-Sepang-sebelum-berlepas-ke-Jeddah-petang-tadi..jpeg)











































