‘Nangis bagi bayangan..’ – Netizen terkejut Uqasha di ambang perceraian

3 hours ago 1

PETALING JAYA – Keputusan nekad pelakon Uqasha Senrose memfailkan perceraian terhadap suaminya, Kamal Adli mengundang pelbagai respons daripada netizen dalam media sosial hari ini.

Rata-rata peminat mengakui terkejut dengan perkara tersebut kerana menyangka pasangan tersebut bahagia melayari bahtera rumah tangga.

Segelintir netizen bagaimanapun sudah mengesyaki rumah tangga pasangan berkenaan dilanda badai apabila Uqasha atau nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen atau lebih, 33, muncul beberapa kali membuat luahan hati dalam siaran langsung TikTok baru-baru ini.

“Sumpah terkejut baca Uqasha fail cerai, maknanya dia menangis baru-baru ini nak beri bayangan ke?

“Harap ada penyelesaian yang baik, rumah tangga tak bahagia setiap hari dan ada pasang surut.

“Selama ini jarang kongsi hal rumah tangga sebab bahagia tapi lain pula jadi.

“Selepas Nubhan, kali ini Uqasha pula, Allahuakhbar!” komen netizen.

Hari ini, Uqasha hadir ke prosiding pertama kes perceraiannya dengan Kamal, namun terpaksa ditangguh pada 28 Oktober depan apabila Kamal tidak muncul di mahkamah.

Menurut peguam syarie mewakilinya, Nurfarhana Abd. Manaf, Uqasha memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman.

Difahamkan, mereka juga tidak tinggal sebumbung namun tidak dimaklumkan sejak bila.

Rumah tangga Uqasha dan Kamal menjadi bahan buah mulut ramai selepas aktres itu beberapa kali membuat siaran langsung meluahkan rasa penat menjaga anak tetapi dalam masa sama perlu bekerja.

Sementara Kamal pula dalam satu hantaran menegaskan dia tidak pernah mengabaikan keluarga dan sangat menyayangi Uqasha serta anak perempuan mereka, Hawra Uqaira.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal selamat bergelar suami isteri pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada April tahun lalu. –  KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |