‘Nak suami kaya, pergi tempat main golf sekali sekala’

17 hours ago 7

PETALING JAYA – Berterus terang dan tidak berselindung, pelakon Atikah Suhaime mencuri perhatian ramai apabila secara terbuka berkongsi saranan kepada golongan wanita yang mahu bertemu jodoh dengan lelaki berharta.

Perkara tersebut dikongsikan Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd. Suhaime, 34, selepas salah seorang peminat berseloroh mahu mencari suami kaya sepertinya dek sering melihat aktres itu menikmati makanan mewah bernilai lebih RM1,000.

“Dulu saya berjimat, setahun sekali baru dapat makan mewah di restoran macam ini (Kaze Omakase)

“Tapi dekat tempat macam inilah saya jumpa suami.

“Cubalah, mana tahu satu hari nanti dapat juga,” katanya.

Selain restoran mewah, pelakon drama TanTiAna itu memberitahu padang golf juga antara lokasi berpotensi untuk bertemu lelaki berstatus ‘kayangan’.

“Lagi satu tempat main golf. Mahal tapi sekali sekala pergilah saja-saja,” tulisnya.

Rata-rata netizen terhibur dan tidak kurang juga yang mula menyimpan angan-angan bertemu jodoh di lokasi ‘high class’.

“Saya dah mula simpan duit, target restoran hotel lima bintang, untung badan boleh ‘title’ Datin juga,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Betullah tu, tempat macam tu memang penuh orang kaya, tapi engkau pun kena lah lawa, kalau buruk mana mahunya mereka pandang” komen netizen.

“Sis memang padu. Cadangan ni memang bernad dan tak jumpa dalam mana-mana buku,” ujar seorang lagi netizen.

Terdahulu, ibu anak satu itu berkongsi video menikmati makan malam bersama suami di sebuah restoran Jepun dengan bil mencecah RM800.

Rentetan itu, ramai kaum hawa menyifatkan Atikah sebagai wanita bertuah kerana berjodohan dengan lelaki kaya malah boleh menikmati apa sahaja makanan mewah tanpa memikirkan soal kewangan.

Untuk rekod, Atikah sah bergelar isteri kepada Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lalu. Suaminya juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif jenama produk kecantikan terkenal, Zaitun. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |