MYExpo Dili kukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia – Timor Leste

7 hours ago 2

PETALING JAYA – Malaysia dan Timor – Leste terus mengukuhkan kerjasama ekonomi dan hubungan diplomatik menerusi Penganjuran Ekspo Malaysia Dili (MYExpo Dili) 2025.

Acara sulung yang telah diadakan baru-baru ini telah dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Dili bersama My Events International Sdn Bhd itu diadakan bersempena Pengerusi ASEAN Malaysia 2025 dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Menurut kenyataan, MYExpo Dili 2025 menyediakan platform interaktif yang menghimpunkan pemimpin industri, pegawai kerajaan, ahli akademik dan masyarakat umum bagi memupuk inovasi, perdagangan dan kerjasama serantau.

“Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih 70 delegasi daripada pelbagai sektor termasuk pendidikan, kejuruteraan, penerbangan, penjagaan kesihatan, teknologi maklumat, tekstil dan perundingan.

“Acara turut menampilkan sesi padanan perniagaan, perbincangan meja bulat, persembahan kebudayaan serta jamuan jaringan profesional, bertujuan membuka peluang kerjasama rentas sempadan,” katanya.

Perasmian telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelarasan Hal Ehwal Ekonomi, Pelancongan dan Alam Sekitar Timor-Leste, Dato’ Sri Francisco Kalbuadi Lay yang turut dihadiri Pengarah Pembangunan Perniagaan My Events International, Dailan Muhammad Ravi dan Duta Besar Malaysia ke Timor-Leste, Datuk Amarjit Sarjit Singh

Antara rakan strategik yang turut serta dalam penganjuran ialah Weststar Aviation Services, Redstar Global Timor Lda, Golden River Universe Lda, Everworks Timor-Leste Lda, MetroLink, Timor Lodge Hotel & Residence dan Telkomcel.

“Dalam bidang pendidikan, antara institusi yang mengambil bahagian ialah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Asia Pacific University (APU), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Taylor’s University, Universiti Utara Malaysia (UUM), Manipal University College Malaysia dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT).

“Antara pempamer lain yang turut hadir adalah  Cartex Apparels, Lazat, Miripoly, Topkrete, Green Controls Technology, Asian Development Bank, Velo Technologies, Cosmos Integrated Engineering, Primos Bo’ot, PY Konsep Perunding, HAPM Consultants, Batik Air Malaysia, Telkomcel, Dexion, IHH Healthcare dan Petros, ” jelas kenyataan itu.

Sebagai daya tarikan tambahan, ASEAN Bazaar turut dibuka kepada orang ramai dengan menampilkan masakan tempatan, kraftangan dan persembahan kebudayaan selaras dengan tema Pengerusi ASEAN 2025 iaitu Inklusiviti dan Kelestarian. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |