Mohamad Hanifah undur diri, lepas jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

2 weeks ago 25
Mohamad Hanifah.
  • Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
  • 30 Disember 2025, 3:35 pm

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata pelantikan ke jawatan berkenaan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Pengerusi Perikatan Nasional Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, keputusan untuk mengundur diri dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab serta selaras dengan prinsip menghormati struktur, hierarki dan tatakelola organisasi Perikatan Nasional.

Mohamad Hanifah turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pimpinan, rakan parti, jentera serta penyokong PN Negeri Sembilan atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang diberikan sepanjang beliau memegang amanah tersebut.

Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa lusa. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |