Mediheal mahu perkukuh kerjasama dengan Guardian

3 hours ago 2

KUALA LUMPUR – Sammoor Beauty Sdn. Bhd. (Sammoor Beauty) akan terus mengukuhkan kerjasama strategiknya dengan Guardian yang telah dibina sejak lima tahun lalu dengan menawarkan ruang jualan dan promosi bagi produk Mediheal.

Mediheal adalah rangkaian produk penjagaan kecantikan terkemuka di Korea yang memiliki lebih 40 stock keeping unit (SKU) yang mana ia menggabungkan elemen sains dermatologi dan inovasi kecantikan.

Sammoor Beauty adalah pengedar tunggal Mediheal di Malaysia.
Melalui lebih sedekad ­penyelidikan dan pemba­ngunan, Mediheal terus menawarkan penyelesaian berkua­liti tinggi dan berkesan untuk setiap keperluan kulit yang dapat membantu individu mencapai kulit terbaik melalui penjagaan berasaskan sains.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Sammoor Beauty, Nicole Lim berkata, Guardian memiliki pasaran yang meluas kerana jumlah cawangannya yang besar di seluruh negara, selain memberi manfaat dalam usaha mengembangkan pasaran Mediheal di negara ini.

“Kami melihat jualan Mediheal di Guardian amat positif. Justeru, kami yakin untuk membawa lebih banyak produk di bawah jenama itu di Guar­dian untuk pasaran Malaysia.

“Mediheal disasarkan kepada pengguna lelaki dan perempuan dengan nisbah pengguna masing-masing 40 peratus dan 60 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Mediheal Lab di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Mediheal memperkenalkan inovasi terkini iaitu siri penjagaan kulit PDRN yang merangkumi Rose PDRN Essential Mask, PDRN Lifting Pad, dan PDRN Serum.

Rangkaian baharu ini memiliki bahan berkuasa yang terkenal dengan keupayaannya untuk merangsang penjanaan semula kulit, keanjalan dan penghidratan yang memberikan hasil ketara untuk kulit yang lebih sihat dan tegang. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |