JOHOR BAHRU – Majlis Amanah Rakyat (Mara) mencatatkan rekod jualan lebih RM100 juta menerusi Program Gate to Global (GTG).
Ahli Majlis Mara merangkap Pengerusi Program Pemerkasaan Wanita Mara, Datuk Rosni Sohar berkata, rekod jualan itu hasil pemasaran pelbagai produk terutama berasakan makanan dan minuman melibatkan 133 usahawan Mara termasuk dalam kalangan wanita.
Jelasnya, produk hasil usahawan Bumiputera dibawah Mara telah menembusi pasaran antarabangsa termasuklah China, Indonesia, Korea Selatan dan Thailand.
“Pada 5 hingga 10 November ini, 16 usahawan daripada Mara akan menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Shanghai, China.
“Untuk rekod, seramai 133 usahawan termasuk wanita telah menyertai GTG tahun ini, mereka berjaya meningkatkan pasaran ke peringkat global. Ini merupakan satu galakan yang begitu baik daripada Mara untuk usahawan-usahawan Bumiputeri termasuk dalam memperkasakan wanita,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Pemerkasaan Wanita Mara dan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Peringkat Negeri Johor di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB, di sini hari ini.
Hadir merasmikan program ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
Dalam pada itu, Rosni berkata, tujuan utama pelaksanaan program tersebut adalah untuk memperkasa wanita Bumiputera dalam bidang ekonomi.
Jelasnya, melalui penekanan konsep 3P, iaitu Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan, Mara berperanan memperkukuh keupayaan wanita agar menjadi lebih berdaya tahan, inovatif, dan berkemampuan menjana pendapatan secara berdikari.
“Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada wanita sebagai individu, malah turut menyumbang kepada kemakmuran ekonomi keluarga, pembangunan komuniti, dan kemajuan negara secara keseluruhan.
“Selain itu, program ini turut memberi pendedahan serta akses kepada pelbagai inisiatif keusahawanan Mara seperti geran padanan, kemudahan pembiayaan,
program inkubator, latihan keusahawanan, serta fasiliti perniagaan yang lengkap dan kondusif.
“Melalui sokongan yang menyeluruh ini, Mara berperanan membantu usahawan wanita mengembangkan perniagaan secara mampan, meningkatkan daya saing, dan menembusi pasaran yang lebih luas, sekali gus memperkukuh peranan wanita dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara,”katanya.-KOSMO! ONLINE

2 hours ago
4















































![[VIDEO] ‘Ini manusia akhir zaman, orang buat ibadat pun dihalau’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/WhatsApp-Image-2025-06-27-at-2.57.36-PM-250x147.jpeg)

