KOTA KINABALU – Hanya 675 mangsa banjir Sabah melibatkan 181 keluarga di dua daerah masih berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS), petang ini.
Bilangan berkenaan memperlihatkan penurunan ketara berbanding 1,651 orang mangsa daripada 537 keluarga pagi tadi.
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah dalam kenyataanya memaklumkan, hanya daerah Lahad Datu dan Tongod yang masih merekodkan mangsa banjir.
“Lahad Datu kekal mencatatkan 520 mangsa daripada 140 keluarga manakala daerah Tongod juga tidak menunjukkan sebarang pertambahan iaitu 155 mangsa daripada 41 keluarga yang berada di dua PPS ketika ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE