Kawasan Kampung Selangor di Merbau Pulas, Kulim yang masih digenangi air hari ini. - Foto oleh AZAHAR HASHIM
- Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
- 25 Oktober 2025, 5:26 pm
ALOR SETAR – Seramai 1,562 mangsa banjir di Kedah ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 4 petang ini.
Kesemua mangsa daripada 488 keluarga itu dari daerah Kulim, Baling, Pokok Sena dan Pendang.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, jumlah mangsa tertinggi adalah di Kulim iaitu seramai 1,146 orang daripada 346 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS. “Seterusnya di Baling, seramai 340 orang daripada 118 keluarga berlindung di lima PPS, manakala Pokok Sena seramai 73 orang daripada 23 keluarga berada di satu PPS.
“Satu PPS baru dibuka di daerah Pendang pada pukul 2 petang tadi di Dewan Badminton Tanjung Radin dengan menempatkan tiga mangsa daripada sebuah keluarga,” katanya hari ini.
Katanya, bagi daerah Kuala Muda, PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Choong Cheng yang dibuka bagi menempatkan 52 penduduk Kampung Huma di Tanjung Dawai yang terjejas akibat fenomena air pasang dan ombak besar sejak Rabu lalu telah ditutup pada pukul 3 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

4 hours ago
6




![[VIDEO] Lelaki dipercayai sakit mental meluru ke arah keluarga diraja Thailand](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/Thai-Istana.jpg)












































