Lima motosikal musnah terbakar, tiada mangsa cedera

11 hours ago 6
Keadaan motosikal yang terbakar di parkir flat, Lorong Bukit Panchor 4, Nibong Tebal, pagi tadi.GAMBAR IHSAN BOMBA
  • Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN
  • 28 Oktober 2025, 1:31 pm

SEBERANG PERAI – Sebanyak lima buah motosikal musnah dalam kebakaran di parkir flat di Lorong Bukit Panchor 4, Nibong Tebal di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.58 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati api telah dipadamkan orang awam dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Terdapat lima jenis motosikal iaitu Yamaha LC terbakar 40 peratus, Honda Dash (60 peratus), Honda Ex (80 peratus), Yamaha Y15ZR (70 peratus) dan Modenas Kriss (30 peratus). “Kita seterusnya melakukan pemeriksaan bagi memastikan kawasan sekitar dalam keadaan selamat,” katanya operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5 pagi tadi. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |