PETALING JAYA – Selangor FC menepati ramalan selepas tidak mempunyai masalah untuk meraih tiga mata apabila mudah menewaskan pasukan bermasalah, Melaka FC di Stadium MB Petaling Jaya, dalam saingan Liga Super sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, skuad Gergasi Merah yang dikendalikan oleh Christophe Gamel membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan dibarisi Chrigor Moraes, Alvin Fortes dan kapten, Faisal Halim.
Melaka FC pula membuat kejutan apabila ketua jurulatih, K Devan tidak berada di bangku simpanan tanpa pengesahan rasmi dengan posisinya diisi oleh penolong jurulatih, S Subramaniam.
Skuad tuan rumah bermula garang apabil meraih gol seawal minit kedua hasil rembatan menarik yang dilakukan oleh Noor Al-Rawabdeh.
Pemain Selangor FC Noor Al Rawabdeh (kanan) meledak satu gol ke atas Melaka FC pada aksi Liga Super Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebentar tadi. – Foto AMIR KHALID/KOSMO!Penjaga gol Melaka FC, Badelic Gamba Florencio Jr tewas buat kali kedua apabila Fortes menjaringkan gol berselang lapan minit kemudian.
Mimpi ngeri pasukan pelawat diteruskan apabila gawang bocor buat kali ketiga dengan kini giliran Chrigor mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-13 selepas menerima hantaran Al-Rawabdeh.
Keputusan tersebut menyaksikan Selangor FC melakar kemenangan kelima berturut-turut dalam aksi Liga Super sekali gus memberi tekanan kepada Kuching City dan KL City apabila berkongsi 25 mata. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
5
![[VIDEO] ‘Dolphin’ terdampar, kaki judi online paling sibuk komen](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/dolphin.jpeg)
![[VIDEO] Jalan Bukit Bintang ditutup dua hari sempena Festival ‘I LITE YOU’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/bb.jpeg)
![[VIDEO] Jalan Lipis-Gua Musang, setiap kali cuti mesti penuh sampah](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/sampah.jpeg)








![[VIDEO] Gajah ‘serang’ Honda City sebab bau durian](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/gajah-1.jpeg)





































