Seorang lelaki warga emas ditemukan maut selepas bot dinaiki bersama empat yang lain terbalik di Kampung Sungai Tiang Baroh, Selekoh dekat Bagan Datuk hari ini.
- Oleh ASLIZA MUSA
- 25 November 2025, 7:31 pm
BAGAN DATUK – Seorang lelaki warga emas maut selepas bot dinaiki bersama empat yang lain terbalik di Kampung Sungai Tiang Baroh, Selekoh di sini hari ini.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, maklumat berkaitan kejadian itu diterima pada pukul 11.27 pagi.
“Berdasarkan maklumat diterima, empat lelaki warga Myanmar berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lelaki warga tempatan yang juga pengemudi bot dihanyutkan arus deras. Operasi menyelamat dijalankan menemui mangsa di kawasan paya berdekatan kawasan bot terbalik,” katanya di sini hari ini.
Shazlean berkata, ketua operasi mengarahkan anggota memindahkan mangsa yang terperangkap di benteng lumpur setinggi paras dada ke tempat yang selamat sebeum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

5 days ago
17



![[VIDEO] ‘Sedihnya…Tok Wan Jagung Gurun dah tinggalkan kita’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/tok-wan-jagung.jpeg)






![[VIDEO] Positif dadah, pemandu lori lawan arus 150 km ditahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/lori-lawan-arus.jpeg)

![[VIDEO] ‘Bukan pandang belakang kak, pandang depan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/konvo-utim.jpeg)




































