Lelaki parah diserang kumpulan berparang

3 weeks ago 24
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Lukut, di sini, kira-kira pukul 8 malam tadi.
  • Oleh NOR AINNA HAMZAH
  • 28 Disember 2025, 12:50 am

PORT DICKSON – Seorang lelaki cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Lukut, di sini, kira-kira pukul 8 malam tadi.

Video kejadian berdurasi 17 saat yang dirakam orang awam memaparkan sebuah kereta jenis Honda Accord turut dirosakkan menggunakan senjata oleh kumpulan suspek tersebut.

Suspek kemudiannya dilihat mengejar mangsa yang keluar dari kereta sebelum mangsa dilibas senjata tajam dan mangsa dikejarkan ke hospital oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes kini dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |