Lelaki maut dibelasah, ditikam dalam pusat hiburan

1 week ago 20
Tangkap layar membabitkan insiden seorang lelaki maut dipercayai ditikam dan dipukul dalam pergaduhan berkumpulan di sebuah pusat hiburan di Taman AST, kira-kira pukul 4.29 pagi tadi.
  • Oleh NOR AINNA HAMZAH
  • 23 November 2025, 9:46 pm

SEREMBAN – Seorang lelaki maut dipercayai dipukul dan ditikam dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Taman AST, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, dalam kejadian pukul 4.29 pagi itu, mangsa yang cedera parah bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika berada di hospital.

“Kami sedang mengenal pasti jumlah individu terbabit dalam kejadian itu dan meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) bagi mengesan identiti mereka yang terlibat serta punca kejadian.

“Kita anggarkan 10 ke 12 individu terlibat dalam pergaduhan ini. Salah seorang daripada mereka menikam mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video rakaman CCTV memaparkan mangsa cuba melarikan diri selepas dikejar sekumpulan lelaki sebelum dibelasah termasuk menggunakan kerusi dan kotak.

Rakaman berdurasi 1 minit 26 saat itu turut memaparkan mangsa berlari masuk ke kawasan kaunter hadapan bar, dipercayai untuk meminta bantuan namun dikepung sebelum dipukul hingga rebah.

Read Entire Article
Pertanian | | | |