Lebih 2,000 mangsa banjir ditempatkan di 22 buah PPS

7 hours ago 4
Anggota keselamatan memeriksa sebuah kediaman yang dinaiki air di Kg. Paya, Changkat Jering semalam.
  • Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
  • 24 Oktober 2025, 8:51 am

IPOH – Kemas kini jumlah mangsa banjir di negeri ini menunjukkan peningkatan kepada 2,171 individu daripada 759 buah keluarga yang terjejas ekoran bencana itu setakat pukul 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua mangsa banjir dari daerah Larut, Matang dan Selama serta Manjung itu ditempatkan di 22 buah pusat penempatan sementara (PPS) yang dibuka sejak semalam.

“Banjir yang menjejaskan kesemua penduduk berkenaan melibatkan 55 buah kampung dan taman di kedua-dua daerah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat dan ribut petir akan terus melanda sehingga pukul 9 pagi ini di beberapa kawasan di negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sabah dan Labuan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |