Lebih 1,200 kes pelajar Selangor disiasat polis dalam 10 bulan

3 hours ago 3

SHAH ALAM – Lebih 1,200 dilaporkan melibatkan pelajar sekolah di seluruh Selangor dalam tempoh 10 bulan tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan berkata, daripada jumlah tersebut didapati 265 kes buli dan selebihnya 954 kes salah laku pelajar.

Bagaimanapun, katanya, daripada kes yang direkodkan sebanyak 41 kertas siasatan dibuka iaitu sembilan kes buli dan 32 kes lain-lain kes salah laku. “Namun, apabila siasatan lanjut dilaksanakan didapati ada yang tidak mempunyai keterangan yang cukup dan diklasifikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Namun, kita sentiasa memandanng serius sebarang kes melibatkan pelajar sekolah ini sama ada buli, jenayah seksual, gangsterism dan masalah displin pelajar,” katanya pada sidang akhbar selepas program keselamatan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam di sini, hari ini.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan kes sebenarnya adalah rendah apabila mengambil kira jumlah pelajar seramai 997,000 di 994 buah sekolah keseluruhannya manakala jumlah guru yang ada seramai 60,000 orang.

“Kita di Selangor apa pun kita paling banyak dan kita ada refleksi kepada Malaysia bagi dari segi polis (jumlah kes diterima ) dan pendidikan. Kita semua menjuarai nombor satu. Namun kita okay dan sahut cabaran itu.

“Kita sebut macam besar 1,200 daripada sejuta pelajar (kalau dibundarkan) namun kalau pergi kepada peratusan hanya jatuh 0.0125. Adakah ia menunjukkan angka besar. Cuma satu atau dua kes yang memberikan persepsi (seakan-akan keadaan masalah sekolah di Selangor teruk,” tegasnya.

Ketika ditanya sama ada masalah tersebut lebih kepada sekolah bandar atau pedalaman, Mohd. Zaini berkata, ia mempunyai cabaran tersendiri dengan semua sekolah dalam pemantauan pihaknya.

“Jumlah yang berisiko ini dalam kawalan kita dan tiada sekolah yang sangat kritikal ( kes jenayahnya). Kes yang banyak adalah buli dan salah laku tidak bukan serius,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |