Langkawi, Kedah diramal ribut petir hingga tengah hari

13 hours ago 6
Gambar hiasan.
  • Oleh HALISYA ISMA ZULKURNAIN
  • 23 Oktober 2025, 11:11 am

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tiga negeri termasuk Langkawi.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 1 tengah hari ini.

“Antara kawasan yang terlibat adalah Langkawi di Kedah manakala Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak,” ujarnya.

Amaran cuaca buruk itu berterusan termasuk di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang di Selangor. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

Read Entire Article
Pertanian | | | |